Pengarah dan pelakon, Farid Kamil memberi tawaran berjumlah RM319,700.00 kepada isterinya, Diana Danielle sebagai tanda usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.
Artikel berkaitan: 30 Mei Sebutan Semula Kes Hadanah Interim Diana Danielle, Farid Kamil
Artikel berkaitan: [VIDEO] Isu Berbaik Dengan Farid Kamil, Diana Danielle Minta Netizen Jangan Salah Tafsir Kenyataan
Artikel berkaitan: Diana Danielle Dakwa Bilik Tidak Sesuai Untuk Anak, Farid Kamil Jawab…
Antara tawaran yang diberikan aktor tersebut kepada isterinya adalah kereta mewah jenis Vellfire, barangan kemas, wang pendahuluan nafkah dan tiket untuk menunaikan Umrah.
Farid beri kejutan buat Diana
Menurut Farid atau nama lengkapnya, Farid Kamil Zahari, 41, dia berharap tawaran tersebut mampu melembutkan hati aktres berkenaan demi masa depan kedua-dua anak mereka.
Saya, Farid Kamil Zahari dengan setulus hati di bulan Ramadan penuh barakah ini ingin menawarkan kepada isteri saya, Diana Danielle Danny Beeson tawaran seperti berikut sebagai usaha saya menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi.
Pertama, sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000.00. Kedua, Barangan kemas bernilai RM10,700.00. Ketiga, Wang pendahuluan nafkah (Mac hingga Jun 2023) bernilai RM40,000.00 dan keempat bayaran balik tiket Umrah yang sepatutnya adalah hadiah telah bertukar menjadi hutang yang bernilai RM44,000.00.
Saya amat berharap dengan tawaran yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak RM319,700.00 ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami.
Farid berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam bagi prosiding sulh pada Selasa. Bagaimanapun, prosiding tersebut menemui jalan buntu apabila Diana tidak dapat menghadiri diri.
Pada 20 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon, Farid Kamil.
Pelakon filem Imaginur itu membuat permohonan cerai atas alasan, tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka. Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut. Malah, pasangan itu difahamkan tidak lagi tinggal serumah.
Pada 24 Mac lalu pula, Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam membenarkan permohonan Diana Danielle secara ex-parte berhubung hak penjagaan hadanah interim (sementara) bagi dua anak mereka sehingga 30 Mei depan.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, serta Aurora, 8.
Video
@ohbulanofficial Tawaran buat Diana Danielle. Moga dipermudahkan ?? #ohbulan #sembangentertainment #tawaran #faridkamil #kepada #dianadanielle ? original sound – ressaherlambang – Ressaherlambang