berita

Farid Kamil Cuba Pujuk, Diana Danielle Enggan Dipeluk

March 28th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Farid Kamil terpaksa menerima hakikat apabila usahanya untuk menjernihkan hubungan dengan isteri tercinta, Diana Danielle tidak berjaya.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Saya Kantoi, Kenapa Bawa Bunga’ – Diana Danielle Nafi Wujud Orang Ketiga, Farid Punca Hubungan Musnah

Artikel Berkaitan: Farid Kamil Kecewa, Diana Danielle Tak Terima Bunga & Cincin

Meskipun sudah berusaha untuk menambat hati Diana namun aktres itu tidak ‘termakan.’ Bunga mawar yang dibeli khas untuk Diana ditinggalkan begitu sahaja malah langsung tidak menghiraukan kewujudan cincin ‘anniversary.’

Berlaku ketegangan di mahkamah

Sejurus usai pelantikan wakil Farid dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP), berlaku ketegangan di ruang menunggu luar pintu Dewan Bicara Mahkamah Rendah Syariah.

Pelakon berumur 42 tahun itu dilihat cuba memujuk dan menjelaskan sesuatu kepada Diana sambil disaksikan peguam kedua-dua belah pihak. Namun, Diana terus menepis dan beredar menjauhkan diri ketika Farid cuba memeluk.

Wajah pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson kelihatan marah namun telah ditenteramkan oleh peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Terdahulu, Farid tiba di mahkamah di sini kira-kira jam 9 pagi membawa jambangan bunga mawar untuk Diana. Malah Farid turut membawa sebentuk cincin sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11. Sementara itu, isterinya, Diana hadir lebih awal pada 8.55 pagi memakai baju hitam bersama pengawal peribadi.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana. Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Sekadar info, Farid dan Diana berkahwin pada November 2012. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora.

Video

@ohbulanofficial Semoga Farid tabah dengan ujian pada bulan yang mulia ini… #ohbulan #news #faridkamil ? original sound – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×