Pelakon Diana Danielle menafikan dakwaan suaminya Farid Kamil yang menuduhnya berlaku curang sehingga nekad untuk memfailkan perceraian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bunga Ini Untuk Diana, Tanda Pendamaian Pertama’ – Farid Kamil & Diana Hadir Pelantikan JKP
Artikel Berkaitan: Farid Kamil Dakwa Orang Ketiga Punca Keretakan Rumah Tangga Dengan Diana Danielle
‘Itu semua fitnah..’
Diana menyifatkan dakwaan pihak ketiga adalah fitnah semata-mata sebaliknya keretakan rumah tangga mereka adalah berpunca daripada kesalahan suaminya.
Itu semua fitnah. Masalah yang timbul adalah kesalahan dia 100 peratus. Kalau betul saya ada orang ketiga, kenapa dia nak belikan cincin kahwin saya. Kalau kantoi kenapa nak bawa bunga.
Bayangkan cincin yang dia nak bagi tadi sudah dia hilangkan selama lapan tahun, tapi baru hari ini dia nak beri semula cincin perkahwinan kami selepas lapan tahun.
Dakwa Diana lagi, tindakan Farid membawa sebentuk cincin dan sejambak bunga untuk diberikan kepadanya bukanlah bertujuan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka sebaliknya mahu menjaga maruahnya sahaja.
Ya saya masih dengan keputusan untuk bercerai. Dia bukan cuba nak menyelamatkan rumah tangga (pemberian bunga dan cincin), tapi nak menyelamatkan air muka dia saja.
Mengulas mengenai kenyataan Farid yang sudah 23 hari tidak bertemu anak mereka, Diana memberitahu, puteri keduanya, Aurora kini berada dalam keadaan trauma. Namun enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut.
Terdahulu, Diana Danielle dan Farid Kamil hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pagi tadi bagi untuk menjalani proses penyelesaian melalui Jawatankuasa Pendamai.
Sebagai rekod, Diana telah memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac lalu dengan memberi alasan bahawa tiada persefahaman selain sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka. Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Video
@ohbulanofficial Replying to @Khairi789 Kenapa ya? ??#ohbulan #news #faridkamil #dianadianelle ? original sound – OHBULAN!