Baru-baru ini, kemesraan antara pelakon Niezam Zaidi dan penyanyi Farisha Iris menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi momen ‘sweet’ di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Niezam Zaidi Baik, Soft Spoken & Penyabar’ – Farisha Iris Selesa Berkawan
Dah putus cinta?
@farisha_iris Nak putus macam mana ? Kita tak start lagi. Alhamdulillah, Niezam adalah seorang kawan rapat saya yang baik. I wish him all the best ?? #fyp #fyp? ? original sound – Farisha Iris
Terbaru, timbul dakwaan yang mengatakan hubungan percintaan Niezam dan Farisha sudah putus di tengah jalan.
Farisha, 23, tampil menafikan khabar angin itu dengan menegaskan dia dan Niezam hanya berkawan. Kata pemilik nama Farisha Asmadi, mereka tidak pernah menyulam cinta dan sehingga kini hubungan masih dalam keadaan baik.
Dari mana datangnya cerita putus cinta kalau tak start lagi? Saya hendak jelaskan di sini bahawa saya dan Niezam hanyalah sekadar berkawan sahaja.
Kami tidak pernah bercinta dan masih lagi berhubung dengan baik. Jadi tak timbul isu percintaan sudah berakhir.
Dah lama terima kek
Dalam pada itu, pelantun lagu Tak Malu memberitahu kek yang tertera ucapan ‘breakup’ yang diterima daripada pelakon Bella Dowanna tidak mempunyai kaitan dengan Niezam.
Tentang kek tersebut sebenarnya dah lama, kawan-kawan saya bagi. Saya baru sahaja kongsi di media sosial beberapa hari lepas. Jadi tak ada kena mengena dengan Niezam.
Sebelum ini, pemilik nama Mohd Niezam Mohd Zaidi berkongsi foto berdua sempena hari lahir Farisha yang ke 23 tahun pada 25 April lalu.
Manakala, naib juara Idola Kecil 4 ini memuat naik video momen keluar bersama di akaun TikTok.
Sumber: TikTok @farisha_iris