Isteri kepada pempengaruh dan penyanyi rap Caprice iaitu Farra Inalis meluahkan rasa sebak dengan ujian yang menimpa pelakon Ayu Raudhah sekeluarga.
Artikel Berkaitan: Isteri Caprice Berang Dilabel Ahli Neraka, Dedah Wajah Manusia Mulut P*aka – ‘Kesian Anak-Anak Kalau Tahu Perangai Bapa Macam Tiada Akhlak’
Artikel Berkaitan: Isteri Caprice Tak Upah Pembantu Rumah, Lebih Selesa Jaga Anak Sendiri – ‘Walaupun Penat Tapi Puas Hati’
Tidur tak lena
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Stories), Farra akui terkesan dengan berita duka yang menimpa pelakon Ayu Raudhah apabila kehilangan anak bongsunya dalam tidur.
Menurutnya, kejadian itu membuatkan dirinya kerap kali memeriksa keadaan anak.
Selepas baca berita anak bongsu Ayu meninggal dalam tidur, jujur aku cakap, memang tak boleh tidur.
Dekat 10 kali tersedar dan check anak bernafas ke tidak.
Tak terbayang macam mana sedih perasaan mereka hilang anak secara mengejut macam itu.
Sesungguhnya semua adalah pinjaman dari-Nya.
Dalam pada itu, Farra sempat menitipkan doa buat bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha dan isteri Ayu Raudhah untuk terus kuat menghadapi ujian ini.
Tabahkan lah mereka.
Semoga Kak Ayu dan keluarga kuat menghadapai ujian berat ini.
Al-fatihah baby syurga.
Sumber: Instagram @farra_inalis