berita

Foto Comel Fasha Sandha Karaoke Tengah Sarat

November 4th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

Screen Shot 2014-11-04 at 12.02.25 AM

Umum sedia maklum bahawa pada tanggal 1 November yang lalu, pelakon jelita Rozita Che Wan telah selamat melahirkan bayi perempuan hasil perkahwinan dengan Zain Saidin.

Artikel Berkaitan: Foto: Rozita Che Wan Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Tapi, anda semua jangan lupa. Kita ada lagi seorang pelakon yang kini sedang sarat mengandung anak keduanya tau. Siapa lagi kalau bukan Fasha Sandha.

Namun, apa yang lebih menarik apabila kami menerima sekeping foto Fasha Sandha yang sedang enjoy berkaraoke dengan rakan-rakan rapatnya. Dah sarat macamtu pun masih mampu karaoke? Kami salute Fasha!

 

fasha sandha21

Risau pula kami kalau Fasha terbersalin terus dekat situ dek kerana penangan karaoke. Hehe. Tapi kan, biasanya orang tua-tua kata, kalau mengandung bayi perempuan biasanya si ibu akan hilang seri sebab anak dah ambil seri ibu. Sebaliknya, apa yang kami nampak, Fasha sebenarnya jadi makin cantik pula!

Peminat yang mengirimkan foto tersebut itu turut memberitahu bahawa Jejai sudah sedia maklum dengan aktiviti karaoke ini. Jadi, harapnya tiada lah individu yang cuba berfikiran negatif dengan aktiviti Fasha sebelum bersalin ini ya.

Erm..Bila bayi perempuan Fasha dilahirkan nanti, maka lengkaplah sepasang jantina anaknya dengan Jejai. Namun, perkara yang lebih penting sekarang adalah supaya Fasha dapat melalui proses bersalin yang mudah. Betul tak?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×