Foto: fashasandha & rizalashramrnt
Aktres cantik Fasha Sandha pada Isnin mendedahkan bekas suaminya iaitu Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai merupakan seorang lelaki yang baik pernah dijumpainya. Fasha mendedahkan perkara tersebut apabila dia menjawab pertanyaan peminatnya menerusi sesi soal jawab di laman Instagram.
Artikel Berkaitan: Kawal Ambil Karbohidrat & Gula, Fasha Sandha Nafi Buat Pembedahan Bariatrik
Berbaik demi anak-anak
Foto: rizalashramrnt
Antara soalan yang diajukan peminat adalah mengenai hubungan pelakon itu dengan bekas suaminya. Peminat Fasha dilihat kagum dengan keperibadian Fasha bersama Rizal yang tidak pernah bersengketa selepas berpisah. Peminat itu juga turut meminta tips yang boleh diikuti buat pasangan lain.
Pastinya peminat ingin mengetahui rahsia kebahagiaan ibu kepada tiga cahaya mata itu.
Suka tengok kak dengan bekas hubby baik je tak gaduh
Ada tips ke untuk pasangan lain
Menjawab pertanyaan tersebut, pelakon Khilaf Asmara tersebut mendedahkan di awal perpisahan wujud salah faham antara dirinya dan bekas suami. Namun kini, mereka berbaik demi kebahagiaan anak-anak.
Sejujurnya, hmm..ada ketika mula-mula dulu ada juga sikit salah faham, tapi bila dah menghampiri umur banyak, sama-sama berbaik demi anak-anak.
Penting untuk anak-anak semua nampak kami semua harmoni.
Lebih menarik perhatian, apabila Fasha juga menyifatkan bahawa bekas suaminya itu merupakan ayah dan lelaki yang baik pernah dijumpainya walaupun banyak terpalit dengan kontroversi suatu ketika dahulu.
Rizal adalah daddy dan salah seorang lelaki yang baik yang pernah i jumpa.
Dia mungkin terkenal dengan kontroversi, tapi sejujurnya dia baik.
Menutup penulisannya itu, Fasha berkata dia tidak mempunyai sebarang tips seperti yang diminta peminatnya itu kerana dia bukan seorang pakar motivasi, guraunya.
Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Jejai pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.