berita

Fasha Sandha Tak Hamil, Keracunan Makanan Sebab Makan Tepi Jalan

January 6th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon Aidil Aziz memaklumkan bahawa isterinya, aktres, Fasha Sandha kurang sihat dan mengalami muntah selama beberapa hari.

Terbaru, Fasha memberi penjelasan dengan menafikan dirinya sedang berbadan dua.

Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Tetap Fikir Soal Kerja & Keluarga Walaupun Tidak Sihat

Keracunan makanan

Menerusi hantaran yang di muat naik di Instagram Story,  Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata dia mengalami keracunan makanan disebabkan membeli makanan di tepi jalan.

Kejap saja sakit, muntah-muntah bukan mengandung tau. Salah makan atau minum beli tepi jalan, selalu beli tepi jalan okay saja…

Mungkin hari itu tak bernasib baik/ makanan atau minuman itu kena kuman ke atau air tak masak ke apa. Hati-hati ya semua.

Dalam pada itu, Fasha turut mendedahkan azamnya untuk tahun 2024 di mana dia mahu mengurangkan pengambilan gula serta karbohidrat dan juga mengurangkan penggunaan telefon.

Azam baru untuk tahun ini nak kurangkan gula dan karbohidrat dan kurangkan masa penggunaan telefon bimbit.

Pelakon drama ‘Dendam Seorang Isteri’ itu menjelaskan dirinya semakin pulih dan sempat berterima kasih kepada suami, Aidil kerana menjaganya selama beberapa hari ini.

Maaf ya tak sempat balas semua yang mesej. Sayang semua. Saya okay, adik beradik, keluarga, kawan-kawan, peminat dan semua bos yang terbaik.

Terima kasih suami jaga saya masa sakit manja.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×