Pelakon Fasha Sandha tidak menyangka apabila video memperlihatkan dia mengenakan baju berharga RM19 menjadi tular dalam media sosial, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Sheila Rusly Luah Hasrat Nak Cucu Lelaki, Elisya Sandha & Suami Sibuk Cari Duit Beli Rumah RM1.2 Juta
Artikel Berkaitan: Elisya Sandha Sebak Kenang Pengorbanan Fasha Untuk Keluarga – ‘Saya Tak Boleh Hidup Tanpa Kakak’
‘Artis pun manusia biasa’
Kata pemilik nama lengkap Nur Fasha Sandha Hassan, 40, dia tidak berasa malu mahupun segan mengenakan pakaian dengan harga sedemikian meskipun bergelar seorang selebriti.
Saya tak sangka video fasal baju itu tular. Sebenarnya dalam video itu saya borak dengan kawan saya, dia tanya baju itu cantik beli dekat mana. Saya jawab beli dekat Shopee, RM19 je.
Saya tidak kisah pun pakai baju murah, artis pun manusia biasa juga. Tiada beza pun dengan orang biasa. Lagi pula baju itu berkualiti tau.
Tambah isteri kepada aktor Aidil Aziz ini, dia tidak mementingkan harga sesuatu barang, sebaliknya melihat kepada kualiti.
Saya seorang yang tidak fasal jenama, asalkan sesuatu itu cantik dan nampak berkualiti, saya akan beli.
Macam saya sebagai artis banyak kena pakai baju, jadi tak boleh nak beli mahal-mahal sangat.
Sebenarnya ramai je artis yang pakai baju biasa. Cuma mungkin mereka tidak beritahu. Macam saya tidak kisah, tak malu pun nak beritahu.
Terdahulu, sepotong video memperlihatkan Fasha mengenakan baju berona jingga yang dibeli atas taliang dengan harga RM19 telah menuai pelbagai reaksi wargamaya.
Rata-rata netizen memuji sikap Fasha yang merendah diri dan tidak menyangka selebriti popular sepertinya memakai pakaian murah.