Sekumpulan fasilitator yang bertugas pada minggu orientasi di sebuah universiti awam tampil memohon maaf berhubung kejadian membuat ‘prank’ pergaduhan sehingga tular dan mendapat kecaman netizen.
Artikel Berkaitan: ‘Selamat Hari Lahir Anakku Nur Fatima Aisya, Daddy Rindu Awak’ – Fattah Amin
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Tak Masuk Campur Urusan Opai Jadikan Virus ‘Monkeypox’ Bahan Jenaka – ‘Bukan Urusan Saya’
Mohon maaf…
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @ms.ezad25, seorang lelaki yang mewakili kumpulan fasilitator tersebut mengakui kesalahan mereka sehingga mengakibatkan nama kampus tercalar.
Saya mewakili fasi yang lain mengakui kesilapan kami. Mungkin kandungan (prank) yang dibuat tidak sesuai. Saya mengakui itu adalah kesalahan yang tidak boleh dinafikan.
Saya mewakili semua fasi memohon maaf kepada anda semua (pelajar) kerana menyebabkan nama fasi dan nama pelajar tercalar.
Mengganggap hubungan antara fasilitator dan pelajar ibarat satu keluarga, individu tersebut berharap kejadian itu dijadikan pengajaran buat mereka semua.
Saya mengharapkan minggu destinasi siswa (nama orientasi) ini menjadi satu kenangan untuk kita semua.
Walaupun semua tahu isu ini menjadi viral disebabkan kita sendiri atau ada yang tersilap menularkan video prank itu, tetapi marilah kita memaafkan antara satu sama lain.
Kita di unversiti ini semua ibarat satu keluarga. Semoga kita menjadi lebih baik.
Terdahulu, tular video memaparkan sekumpulan fasilitator melakukan ‘prank’ pergaduhan antara mereka untuk membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran salah seorang fasilitator.
Bagaimanapun, video tersebut mendapat kecaman wargamaya dan berpendapat perkara sedemikan tidak wajar dilakukan sewaktu minggu orientasi menyambut pelajar baharu.
Video
@ms.ezad25 di dalam dingin, diluar pula yg kepanasan? #fypppppppppppppp #flyhighuitmsg #terbangbersamamdscj #uitmdihatiku #uitmsegamat #viral_video #uitmprank ? original sound – ms.ezad25
Sumber: TikTok