Pelakon, Fathia Latiff sebelum ini meraih perhatian netizen selepas dilihat mengeluarkan kenyataan berbaur hinaan terhadap pelakon, Zahirah Macwilson.
Terbaharu, pelakon filem ‘Darah Panas’ sekali lagi mencuri perhatian apabila dilihat sengaja memanaskan lagi kontroversi yang sedang menjadi sebutan warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Samakan Wajah Zahirah Macwilson Macam Amah, Fathia Latiff Tak Takut Disaman – ‘Bibik Dekat Hotel Lagi Lawa’
‘Throwback’ gambar couple
View this post on Instagram
Mana taknya, Fathia dilihat memuat naik gambar bersama Aiman yang ketika itu merupakan teman lelaki kepadanya di Instagram (IG).
Lebih parah, pelakon berusia 36 tahun tersebut turut mendakwa pelakon yang kini bakal menimang cahaya mata kedua itu masih mencintainya.
Bukan itu sahaja, Fathia turut memuat naik keratan akhbar beberapa tahun lalu memaparkan gambar Aiman yang bertajuk ‘Masih Sayang Fathia’.
Walau bagaimanapun, Fathia dilihat menutup ruangan komen daripada wargamaya media sosial.
Terdahulu, Aiman dan Zahirah menjadi bualan hangat wargamaya selepas nama mereka berdua dipetik oleh pelakon, Fathia Latiff menerusi satu sesi siaran langsung yang dilakukannya.
Menerusi potongan video yang tular, Fathia mendakwa dirinya lebih cantik jika hendak dibandingkan dengan Zahirah. Malah, dia turut menyamakan wajah Zahirah seperti seorang pembantu rumah (bibik).
Bukan itu sahaja, pelakon yang popular dengan drama ‘Ariana Rose’ itu juga memaklumkan bahawa dia bersyukur tidak dijodohkan dengan Aiman yang dianggap tidak mempunyai kewangan yang kukuh.
Sumber: Instagram