Pelakon, Fathia Latiff menyorot perhatian ramai apabila sejak kebelakangan ini dilihat berterusan meluahkan rasa sedih mengenai keadaan dirinya pada masa kini.

Artikel Berkaitan: Tak Peduli Komen Negatif, Fathia Latiff Terus Bahagia Dengan Diri Sendiri – ‘Saya Gembira Dengan Badan & Hidup Saya’

Artikel Berkaitan: ‘Bujang Sampai Tua Pun Tak Apa’ – Fathia Latiff Letak ‘Standard’ Untuk Bakal Suami, Tak Terburu-Buru Berkahwin

Sedih

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nur Fathia Abdul Latiff, 38, mengakui dirinya kini berasa kurang yakin akibat penampilan yang dirasakannya kurang kemas.

Selekehnya i sekarang, dengan rambut sanggul. Gemuk lagi.

Perkongsian itu mendapat perhatian salah seorang rakan artis, iaitu Ramona Zamzam yang turut menitipkan kata-kata semangat kepadanya.

Bagi membantu Fathia kembali yakin dengan dirinya, Ramona turut mengajak pelakon drama Dia Isteri Luar Biasa itu untuk bersenam bersama.

Tiya, mari bersenam bersama saya? Saya buat awak cantik semula.

Tidak hanya Ramona, segelintir wargamaya turut memberikan kata-kata positif kepada Fathia agar dia terus yakin dengan diri sendiri.

Sumber: Threads