
Pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim, berkongsi pengalaman menjalani uji bakat bagi beberapa watak dalam siri popular di Netflix, namun memilih untuk menolak tawaran tersebut atas faktor tertentu.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Tak Bersedia Buat Babak Bog*l & Cium, Mereka Akan Singkirkan Awak’ – Sarimah Ibrahim Kongsi Cabaran Tembusi Hollywood
Artikel Berkaitan: Sarimah Ibrahim Kembali Ke Kelas Lakonan – ‘Tiada Istilah Dah Cukup Bagus, Sentiasa Berlatih & Belajar’
Babak cium dan pakai seksi

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Sarimah mendedahkan dia pernah disenarai pendek untuk salah satu watak dalam siri Netflix berjudul Wednesday.
Menurut Sarimah, dia berjaya melepasi peringkat awal uji bakat namun memilih untuk tidak meneruskan tawaran tersebut selepas mendapati watak berkenaan memerlukannya melakonkan babak bercium bersama pelakon lain.
Disebabkan saya sudah membuka ‘pintu’ ini, biarlah saya kongsikan lebih banyak. Saya sebenarnya dapat banyak peluang, antaranya salah satu watak dalam siri Netflix, Wednesday.
Saya berjaya disenarai pendek, tetapi babak tersebut memerlukan saya mencium pelakon lain secara dekat dan dalam gerakan perlahan.
Sudah tentu perkara itu tidak terjadi. Saya memilih untuk menolak watak tersebut.
Selain itu, Sarimah turut menolak satu lagi tawaran selepas mendapati watak tersebut turut mempunyai babak bercium serta memerlukannya memakai pakaian dalam wanita.
Dalam pada itu, Sarimah menegaskan keputusan tersebut dibuat atas dasar prinsip serta batas moral yang dipegang dan ingin dipertahankannya.
Satu lagi watak yang saya dapat disenarai pendek ialah untuk siri Nicole Kidman, Nine Perfect Strangers.
Watak itu juga memerlukan babak bercium dan ada adegan yang memerlukan saya memakai bikini. Jadi, saya menolaknya juga.
Jadi, bukan bermaksud kita semua tidak mempunyai bakat. Cuma, kita mempunyai prinsip dan nilai moral yang tinggi.
Sumber: Threads @sarimahibrahim








