Selepas Wany Hasrita dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Popular, Fathia Latiff menerusi Instagram ada memuat naik status seakan-akan tidak berpuas hati. Namun, posting tersebut dipadam tidak lama kemudian.
Artikel berkaitan : ‘Kenapa Padam Status Tu?’ – Wany Hasrita Respon Tuduhan ‘Rasuah’ Menang Di ABPBH
Menerusi temu bual wartawan mStar Online, Fathia menjelaskan dia mempunyai hak untuk memberi pandangan dan secara peribadi merasakan Wany tidak layak.
‘Saya berhak bersuara’
Fathia Latiff memberitahu dia terpaksa memadam status kerana mahu menghormati peminat penyanyi tersebut. Meskipun sudah padam, dia tetap bertegas Wany Hasrita tidak layak untuk merangkul gelaran Bintang Popular.
Saya berhak untuk bersuara dan berhak untuk memberi pandangan mengenai kemenangan Wany sebagai Bintang Paling Popular.
Sejujurnya, saya tidak ada masalah atau bergaduh dengan dia pun. Cuma, dia belum lagi layak untuk menang dan saya tidak berpuas hati dengan sistem keputusan pada malam itu.
Sebab masih ramai lagi selebriti yang dah lama dalam industri ini lebih terkenal daripada dia.
Tetap dengan pendirian
Tambahnya lagi, dia tidak mahu foto di Instagramnya kelihatan tidak menarik dengan adanya posting tersebut.
Saya padam kenyataan di laman sosial itu kerana berfikiran saya perlu menghormati peminat-peminat Wany.
Selain itu, saya tak nak foto di Instagram saya kurang cantik dengan adanya posting tersebut.
Tapi walaupun saya dah padam, saya tetap dengan pendirian yang Wany memang tidak layak untuk memenangi anugerah tersebut.
Meski tahu sistem pengundian pemenang dibuat menerusi talian, Fathia merasakan masih ramai lagi selebriti lain yang lebih terkenal.
Sumber : mStar Online