Pelakon Fattah Amin mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik foto bersama anaknya iaitu, Nur Fatima Aisya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Ada Jumpa Fatima, Cuma Keadaannya Tak Sama’ – Fattah Amin
Artikel Berkaitan: [FOTO] Fattah Amin Luang Masa Bersama Fatima & Keluarga
Jangan bersedih
Menerusi foto yang dimuat naik, Fattah kelihatan sangat gembira tatkala bertemu anak perempuannya. Lebih gembira, Fatima turut mencium pipi Fattah ketika momen foto itu diambil.
Di samping itu, Fattah turut menulis kapsyen yang menyentuh perasaan orang ramai di posting berkenaan.
Fatima, jangan bersedih meski tadi Daddy memeluk dirimu sejenak saja, karena yang perlu kamu tahu, hati Daddy memelukmu selamanya.
Difahamkan, Fattah hanya berjumpa dengan anaknya itu sekejap sahaja.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dan peminat mendoakan yang terbaik buat Fattah. Bukan itu sahaja, mereka turut gembira melihat momen mesra di antara seorang ayah dan anak perempuannya.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan pasangan ini bagaimanapun sah bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Sumber: Fattah Amin