Baru-baru ini, pelakon Fatin Afeefa selamat mengerjakan ibadah Umrah buat pertama kali bersama suami tercinta, Aliff Awang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fatin Afeefa Tunai Umrah Bersama Suami
Artikel Berkaitan: Dokumen Tuntutan Hak Penjagaan Anak Tersebar, Fatin Afeefa Mohon Hentikan Spekulasi
Artikel Berkaitan: Netizen Teruja Watak ‘Ayam’ Bertemu, Adam Shaz Jumpa Naim Daniel
Bagaimanapun, menerusi sepotong video yang dimuat naik oleh adik kepada Fatin di Instagram, hanya dilihat aktres itu bersama suami sahaja, manakala dua anaknya iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia tidak kelihatan.
Jemaah terlalu ramai
Susulan itu, Fatin atau nama lengkapnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 28, tampil menjawab pertanyaan netizen yang mempersoalkan mengapa dia tidak membawa dua orang anaknya itu ke tanah suci Makkah.
Menerusi sesi siaran langsung di laman TikTok baru-baru ini, pelakon filem Tentang Bulan itu berkata waktu itu tidak sesuai untuk membawa anak-anaknya memandangkan terlalu ramai jemaah pada malam 10 terakhir Ramadan.
10 Ramadan terakhir adalah waktu yang paling tak bagus bawa budak-budak sebab saya tinggi yang 157cm pun kena penyek, dan saya memang tak boleh nak bernafas ketika tengah tawaf.
Dan bayangkan kalau anak-anak pula. Saya ini pun tak boleh nak bernafas sebab orang tinggi-tinggi tutup saya. Anda boleh bayangkan tak budak-budak tercungap-cungap mencari udara sebab tak ada ruang bernafas.
Jadi, saya rasa ia satu keputusan yang bernas tak bawa mereka pada 10 Ramadan terakhir.
‘Bayangkan anak hilang’
Menurut Fatin lagi, dia tidak mahu ibadahnya terganggu sekiranya berlaku insiden yang tidak sepatutnya melibatkan anak-anaknya di sana.
Saya mungkin akan bawa mereka bukan waktu Ramadan. Kalau bawa, saya tak fokus ibadah, saya akan fokus tengok anak, takut hilang sebab ramai gila.
Tahun ini, 10 malam terakhir Ramadan ada 7.4 juta orang ada di Masjidi Haram, anda bayangkan kalau hilang anak saya dekat situ. Saya sendiri banyak kali terlepas tangan suami dekat dalam itu dan hilang.
Bayangkan kalau anak, menangis air mata darah, solat pun tidak, mencari anak saja. Mula saya sedih, kenapalah tinggalkan anak-anak.
Dalam masa sama, Fatin turut berkongsi pengalaman dia berdepan detik cemas apabila tidak dapat bernafas dengan baik disebabkan dihimpit dengan jemaah yang berbadan lebih besar daripadanya.
Dekat sana langsung tak tenang, bukan tak tenang tapi sebab terlalu ramai orang, saya tak boleh bernafas masa tawaf tu, saya menangis tak boleh bernafas sebab kena himpit dengan orang tinggi-tinggi.
Terdahulu, Fatin menunaikan umrah bersama suami tercinta iaitu usahawan Aliff Awang buat kali pertama kali pada 10 malam terakhir Ramadan pada April lalu.
Untuk rekod, Fatin selamat bernikah dengan Aliff Awang pada 30 Disember tahun lalu di Putra Glass Hall, Subang Jaya.
Sebelum ini, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017 dan mereka mempunyai anak perempuan bernama Ivy Herra Sophia manakala Fatin juga mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Adam Aisy Arrian, 10.
Sumber: TikTok