Di media sosial kecoh apabila dokumen mahkamah tuntutan hak penjagaan anak kepada pelakon Adam Shahz dan Fatin Afeefa telah dimuat naik oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Patut ‘Settle’ Urusan Sekolah Anak, Adam Shahz Pula Tak Muncul Di Mahkamah?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sebelum Komen Kaji & Dapatkan Maklumat Sahih’ – Peguam Adam Shahz Perjelas Isu Tidak Hadir Ke Mahkamah
Artikel Berkaitan: Masuk Mahkamah Seminit Terus Balik, Suami Fatin Afeefa Perli Adam? –‘Kenapa Wujud Lelaki Macam Ni, Awak Ni Ayam’
Kenyataan media oleh Fatin Afeefa
Dokumen tersebut didakwa adalah dokumen tuntutan hak penjagaan anak yang dituntut oleh Adam Shahz. Difahamkan isi kandungan dokumen tersebut adalah berkaitan dengan pengabaian tanggungjawab Fatin Afeefa terhadap anak mereka Ivy Herra Sophia dan telah mengundang pelbagai spekulasi.
Susulan itu, pelakon dengan nama sebenar Fatin Nur Afiffah Shamsudin, menerusi hantaran di Instagram (IG), telah memuat naik satu kenyataan. Dia memohon agar semua pihak tidak mencetuskan sebarang andaian berhubung isu tersebut kerana kes masih berjalan di mahkamah.
Kini tular beberapa kandungan yang telah di muatnaik di media sosial berkenaan dengan perjalanan kes melibatkan tuntutan hak penjagaan anak di antara saya dan bekas suami saya.
Oleh kerana prosiding Mahkamah ini sedang berjalan, semua pihak disarankan untuk tidak membuat sebarang posting, spekulasi, komen, ulasan tau andaian berkenaan dengan kes in yang bersifat fitnah dan boleh menjejaskan reputasi mana-mana pihak.
Sebarang posting atau apa-apa tindakan ulasan berkaitan kes pada ketika ini adalah pramatang dan bersifat berat sebelah kerana ianya masih belum diputuskan oleh Mahkamah dan akan mengganggu proses perjalanan kes di Mahkamah.
Tindakan undang-undang
Dalam pada itu, menerusi kenyataan yang sama, pelakon berusia 28 tahun itu turut menegaskan bahawa tindakan selanjutnya akan diambil terhadap individu yang menyebarkan dokumen sulit tersebut.
Tindakan undang-undang yang sewajarnya akan di ambil terhadap pihak yang berkenaan dan diharap semua pihak dapat menghormati Institusi Mahkamah di negara kita.
Terdahulu, pelakon filem Tentang Bulan itu telah memfailkan bantahan terhadap bekas suaminya yang memohon hak lawatan, bersama dan bermalam terhadap anak mereka. Mahkamah kemudian telah menetapkan tarikh sebutan berhubung tuntutan hak penjagaan anak pada 17 April hadapan.
Sumber: Instagram