berita

Netizen Teruja Watak ‘Ayam’ Bertemu, Adam Shaz Jumpa Naim Daniel

March 31st, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Fenomena drama bersiri Projek: High Council (PHC) yang meninggalkan kesan di hati penonton telah mengimbau kembali sejarah drama pelajar sekolah iaitu Juvana yang pernah popular beberapa tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Adam Shahz Mohon Hak Lawatan & Bermalam Bersama Anak, Fatin Afeefa Bantah

Artikel Berkaitan: Naim Daniel Perjelas Isu Babak Merokok Dalam Project: High Council

Ayam vs Ayam

Berikutan terdapat persamaan watak ‘Ayam’, peminat teruja mahu melihat gandingan bersama atau pertemuan antara pelakon watak terbabit.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok, pelakon Adam Shah memuat naik sebuah video yang menunjukkan dirinya bersama pelakon Naim Daniel yang sama-sama memegang watak sokongan iaitu ‘Ayam’.

Dalam pada itu, pelakon berusia 42 tahun ini turut menjelaskan telah menunaikan permintaan kebanyakan netizen yang memintanya berjumpa dengan pelakon Projek: High Council tersebut.

Ok, korang selalu minta kan. Ha ni Juvana ni High Council.  Jadi kami dah jumpa dah.

Sementara itu, pada ruangan komen video berdurasi 0.09 saat itu, rata-rata wargamaya meluahkan keterujaan mereka selain turut memberikan pelbagai reaksi.

Video

@adamshahz30

JUVANA and PHC @Naim Daniel #ayam #juvana #phc #actor #drama #malaysia #fyp #fypage #fyp? #projekhighcouncil #tiktok #trending

? Manis Tapi Bukan Gula – Original Mix – Mellyyanox

Sumber: Adam Shahz

SKIP THIS AD ×