Setelah lama menjadi topik bualan hangat, pelakon, Fatin Afeefa dan bekas suaminya yang juga seorang pelakon, Adam Shahz itu akhirnya bersemuka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Artikel Berkaitan: ‘Dah Kahwin Cuma Jangan Lupa Tarikh Naik Mahkamah’ – Adam Shahz
Artikel Berkaitan: Adam Shahz Minta Jumpa Anak, Mohon Fatin Afeefa Jangan Heret Orang Tak Berkenaan
Artikel Berkaitan: Adam Shahz Tanya Anak Soalan ‘Pelik’ Tentang Bekas Isteri, Netizen Tak Setuju
Hari perbicaraan
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Fatin Afeefa berpakaian serba hitam yang ditemani oleh suaminya, Aliff Awang pada awal pagi Khamis.
Pelakon berusia 28 tahun itu kelihatan bersemangat untuk perbicaraan tuntutan hak penjagaan anaknya, Ivy Herra Sophia yang difailkan oleh Adam.
Bersedia untuk berperang.
@ohbulanofficial Kita doakan yang baik-baik je lah buat mereka. Semoga dapat diselesaikan secara berdamai. #ohbulan #fyp #viral #sembangentertainment #fatinafeefa #aliffawang #adamshahz
Semoga dipermudahkan
Sementara itu, Adam Shahz turut memohon agar urusannya dipermudahkan oleh Allah SWT.
Semoga dipermudahkan. Amin.
Sekadar info, Fatin Afeefa pernah berkahwin dengan Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017.
Terbaru, Fatin sah menjadi isteri kepada pasangannya, Aliff Awang pada 30 Disember 2022.
Sumber: Instagram @adamshahz & @diariseorangtrader