Baru-baru ini, perkongsian pelakon Fatin Afeefa yang berseloroh mahu bermenantukan anak kepada rakan baiknya iaitu Intan Najuwa menarik perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Selamat Bersalin Bayi Perempuan – ‘Welcome To The World Imane Lunara’
‘My future menantu’
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Fatin atau nama lengkapnya Fatin Nur Afifah Shamsudin berkongsi foto puteri sulung kepada pasangan Intan Najuwa dan suami, Dato’ Ahmad Azraf Azman iaitu Imane Lunara yang baru dilahirkan pada 15 Disember lalu.
Meskipun bayi tersebut baru berusia beberapa hari, Fatin sudah berseloroh dan memberitahu orang ramai bahawa dia sudah ‘lock’ Imane untuk menjadi bakal menantunya.
Imane Lunara, my future menantu
Terdahulu, Fatin mendedahkan dia dan suami sudah menimang cahaya mata lelaki yang kini berusia tujuh bulan.
Imbas kembali, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Opai pada Disember 2022.
Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 9.
Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian daripada perkahwinan pertamanya.
Sumber: Instagram Fatin Afeefa