Pelakon Fatin Afeefa kesal dengan sikap bekas suaminya yang juga pelakon, Adam Shaz yang difahamkan tidak menghadirikan diri ke mahkamah hari ini.
Artikel Berkaitan: Masuk Mahkamah Seminit Terus Balik, Suami Fatin Afeefa Perli Adam? –‘Kenapa Wujud Lelaki Macam Ni, Awak Ni Ayam’
Artikel Berkaitan: Adam Shahz Mohon Hak Lawatan & Bermalam Bersama Anak, Fatin Afeefa Bantah
Adam Shahz tak muncul tanpa alasan
Menerusi hantaran di Instagram (IG) aktress berusia 28 tahun itu, dia yang berjubah hitam dan mengenakan hijab difahamkan telah berada di perkarangan mahkamah untuk menyelesaikan isu hak penjagaan anak.
Namun pelakon dengan nama sebenar Fatin Nur Afiffah Shamsudin yang sepatutnya menyelesaikan urusan persekolahan anak pada hari ini berasa amat kecewa apabila bekas suaminya itu didakwa tidak muncul tanpa alasan yang kukuh.
Hari ini saya sepatutnya menyelesaikan urusan anak untuk masuk ke sekolah semula. Sepatutnya.
Tapi saya di sini sekarang, bangun seawal pagi dan memandu ke sini hanya untuk mengetahui orangnya tidak hadir. Alasan? Tidak tahu.
Terdahulu, pelakon filem Tentang Bulan itu telah memfailkan bantahan terhadap Adam yang memohon hak lawatan, bersama dan bermalam terhadap anak mereka, Ivy Herra Sophia, 7. Mahkamah kemudian telah menetapkan tarikh sebutan berhubung tuntutan hak penjagaan anak pada 17 April hadapan.
Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun kemudian. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Sumber: Instagram