berita

Masuk Mahkamah Seminit Terus Balik, Suami Fatin Afeefa Perli Adam? –‘Kenapa Wujud Lelaki Macam Ni, Awak Ni Ayam’

March 1st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon Fatin Afeefa dan bekas suami, Adam Shahz telah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam bagi menyelesaikan isu hak penjagaan anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia.

Artikel Berkaitan: ‘Penatlah Tanggung Biawak Hidup, Sekarang Biar Biawak Ni Pula Yang Bela Saya’ – Fatin Afeefa

Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Suami Fatin Afeefa Bukan Pedagang Saham Tapi Kaki Tipu & Seleweng Pengikut?

‘Kenapa awak ni ayam?’

Menurut sumber, mahkamah telah menetapkan semula tarikh sebutan berhubung kes tersebut pada 17 April hadapan. Penetapan itu susulan daripada bantahan yang dibuat Fatin terhadap pindaan Adam, yang mana memohon agar dia diberikan hak untuk lawatan, bersama dan bermalam dengan anak mereka.

Dalam kekecohan mengenai hak penjagaan terhadap Ivy Sophia, suami kepada Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang sempat memuat naik satu IG Story memberitahu bahawa dia telah menemani isterinya ke mahkamah tetapi perbincangan tersebut dikatakan hanya berlangsung sekitar satu minit sahaja.

Jadi hari ini saya bangun pagi pergi mahkamah dengan isteri. Masuk mahkamah seminit je lepas tu keluar balik.

Aliff yang mesra dengan panggilan Opai seakan memerli mengapa wujudnya lelaki seperti ‘dia’ di dunia. Meskipun tidak menyebut nama, tetapi kapsyen yang ditulis Opai di video tersebut seakan memberi gambaran siapakah individu yang dimaksudkannya.

Tak faham, kenapa ada lelaki macam ni wujud dekat dunia ni. Kenapa awak ni ayam?

Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun kemudian. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy. Selain Ivy, Fatin turut memiliki seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian yang kini berusia 10 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Pada 30 Disember 2022, Fatin dan Aliff bergelar suami isteri, dalam majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup di Putra Glass Hall, Subang Jaya.

Sumber: Aliff Awang

SKIP THIS AD ×