Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini menetapkan semula tarikh sebutan berhubung tuntutan hak penjagaan anak membabitkan pelakon Adam Shahz, 42, dan bekas isteri, Fatin Afeefa, 28, pada 17 April depan.
Artikel berkaitan: ‘Jangan Buat Perjanjian Di Luar Mahkamah’ – Adam Shahz Tak Jumpa Anak 4 Bulan, Nafi ‘Biawak Hidup’
Artikel berkaitan: ‘Bukan Level Saya Nak Layan…’ – Adam Shahz Tak Terasa Hati Video Sindiran Suami Fatin Afeefa
Artikel berkaitan: ‘Penatlah Tanggung Biawak Hidup, Sekarang Biar Biawak Ni Pula Yang Bela Saya’ – Fatin Afeefa
Beri kemenangan kedua-dua pihak
Menerusi laporan Berita Harian, lanjutan dibuat susulan bantahan difailkan Fatin selaku defendan terhadap Adam (plaintif) yang memohon hak lawatan, bersama dan bermalam terhadap anak mereka, Ivy Herra Sophia, 7.
Menurut peguam syarie mewakili Adam, Liyana Sihar, dia yakin anak guamnya dapat menuntut haknya, selain berharap dapat memberi kemenangan kepada kedua-dua pihak.
Hari ini sebutan pertama, kami memohon untuk membuat pindaan kepada apa yang sudah difailkan dahulu. Tetapi, pihak Fatin membantah, jadi kami diarahkan memfailkan secara bertulis.
Dalam tuntutan lalu, anak guam memfailkan tuntutan mendapatkan hak jagaan penuh. Selepas perbincangan, kami percaya anak guam boleh bertolak ansur untuk berikan hak jagaan kepada bekas isteri.
Jadi, anak guam memohon hak lawatan, bersama dan bermalam. Seperti sedia maklum, apabila seseorang mendapat hak jagaan anak, maka pihak satu lagi akan mendapat hak lawatan, bersama dan bermalam.
Kami mahu kedua-dua pihak menang bersama. Cuma, perkara ini dibantah. Saya percaya, anak guam ada hak dan kami akan menuntutnya.
Tidak diberi peluang untuk bertemu anak
Ujar Adam, dia masih tidak diberi peluang bertemu mahupun berhubung dengan anak perempuannya sejak Oktober tahun lalu.
Sejujurnya, saya berharap semuanya dipermudahkan untuk kedua pihak. Tetapi, mungkin ada terma yang pihak sana tidak bersetuju. Jadi, kami akan tunggu sebutan kedua pada 17 April depan.
Saya tidak bertemu dengan anak sejak empat bulan lalu. Saya juga disekat oleh bekas isteri dan keluarganya. Saya sendiri tidak tahu di mana anak saya kerana masih belum dapat berhubung.
Saya cuba cari dalam media sosial, tetapi seolah-olah anak disembunyikan. Ketika majlis sulh tempoh hari, saya cuma diberitahu bahawa anak ditempatkan di sekolah berasrama penuh, tetapi tidak dinyatakan secara terperinci.
Sementara itu, Fatin diwakili peguam Aiman Abdul Rahman enggan mengulas lanjut berhubung sesi sebutan pertama, hari ini.
Sumber: Berita Harian