Usanita Sdn Bhd, menerusi cabang baharunya, Usanita Entertainment dengan bangganya mengumumkan pelantikan Fattah Amin sebagai duta eksklusif dan Sophia Albarakbah sebagai wajah baharu bagi tahun 2025.
Artikel Berkaitan: Rossa Jadi Selebriti Pertama Usanita Entertainment, Tampil Episod Istimewa ‘Talk Show’ Bersama Awal Ashaari
Artikel Berkairtan: Fattah Amin Respon Fasal Netizen Muak Video Konten Penuh Di Media Sosial – ‘Saya Hanya Melakukan Yang Terbaik’
Drama bersiri Usanita
Sebagai langkah pertama yang signifikan, Usanita Entertainment bakal menerbitkan drama bersiri pertama arahan sutradara tersohor, Erma Fatima berjudul ‘Aku Cinta Dia’ dan menampilkan Fattah serta Sophia sebagai watak utama.
Drama ini bakal ditayangkan secara eksklusif di platform digital TikTok Usanita, menawarkan pengalaman tontonan baharu kepada penonton.
Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Datuk Sri Prof Dr Hasan, berkata, usaha ini menandakan komitmen berterusan pihaknya dalam memperkasa industri kreatif tempatan dan membawa bakat seni Malaysia ke peringkat global.
Pelantikan Fattah Amin dan Sophia Albarakbah serta penerbitan drama bersiri pertama ini adalah bukti kesungguhan kami untuk menjadi perintis dalam menggabungkan seni kreatif dan teknologi digital.
Usanita Entertainment bertujuan bukan sahaja untuk mempromosikan seni Malaysia tetapi juga memperkukuh hubungan industri kreatif dengan masyarakat secara global.
Drama ini bakal mulakan penggambaran pada Februari 2025 selama dua minggu. Akan ada babak di London.
Saya percaya Fattah dan Sophia dapat sumbangkan sesuatu kepada Usanita terutama kepada mereka yang berniaga. Tambahan lagi kekuatan atau fenomena yang ada pada Fattah sedikit sebanyak membantu perintis Usanita.
Projek London
Selain itu, Usanita turut mengumumkan kesinambungan program Bridge to Brilliance 3.0, yang akan berlangsung di Oxford, London pada Februari 2025.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan perbincangan bermakna mengenai kepimpinan dan keusahawanan sosial bersama Adzliana sekali gus mencipta sejarah sebagai wanita pertama yang menganjurkan sesi townhall di Oxford.
Bridge to Brilliance 3.0 adalah platform untuk menyatukan pemimpin dan usahawan sosial dari seluruh dunia, mencetuskan idea-idea baharu yang boleh membawa perubahan positif.