Sebagai tanda solidariti dan sokongan padu buat rakyat Palestin yang ditindas, jenama air mineral tempatan iaitu NEX akan melancarkan satu kempen khas bersama pelakon Fattah Amin yang diberi nama ‘NEX & Fattah Amin Bersama Palestin’.

Artikel Berkaitan: Jom Bantu Saudara Seislam Kita Ramadan Ini Dengan Menyumbang Melalui Aman Palestin

Artikel Berkaitan: Zahirah MacWilson Padam Foto Dengan Selebriti Pro-Israel, Mohon Maaf Lewat Kongsi Fasal Palestin

Sasar kutipan RM250,000

Dalam pada itu, kempen ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada penduduk dan saudara Islam yang ditindas di Gaza.

Melalui kerjasama yang dilakukan bersama badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Cinta Gaza Malaysia, kempen ini akan dilakukan dengan cara penjualan air mineral dengan RM0.50 daripadanya akan disumbangkan kepada rakyat Palestin.

Menurut Fattah yang juga bertindak sebagai duta, mereka menyasarkan kutipan dana sebanyak RM250,000 hasil daripada penjualan 500,000 botol air mineral edisi terhad dalam tempoh 24 jam pada tarikh kempen diadakan.

RM250,000 adalah jumlah sasaran untuk 500,000 botol terjual dalam masa 24 jam.

Kita cuba beri kesedaran kempen ini lebih awal supaya objektif dan matlamat yang kita letak itu dapat dicapai.

Saya sendiri juga akan turun ke masjid-masjid untuk sebarkan lagi kempen dan berjaya mencapai objektifnya.

Kempen ‘NEX & Fattah Amin Bersama Palestin’

Akan dilakukan secara rasmi pada 17 Oktober 2025, kempen ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada penduduk dan saudara Islam yang ditindas di Gaza.

Kempen ini juga bermatlamat untuk menyatukan rakyat Malaysia dan membuktikan kepada dunia bahawa tindakan kecil seperti membeli air botol juga boleh membawa harapan bagi rakyat Palestin.

Anda boleh membantu untuk menyumbang dengan membuat pembelian botol edisi terhad ‘NEX & Fattah Amin Bersama Palestin’ yang akan dijual di platform TikTok Shop dan di 500 masjid seluruh negara.