Pelakon dan penyanyi sensasi, Fattah Amin menduduki carta trending bagi kategori muzik setelah dua hari melancarkan single terbarunya ‘Lelaki Terakhir’.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Kongsi Foto & Video Mesra Bersama Anak, Netizen Komen – ‘Semoga Berkasih Sayang Hingga Ke Syurga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Kongsi ‘Quote’ – ‘Hidup Berubah, Orang Datang & Pergi’
Sentuhan Fattah
Mengenai lagu terbaru, ‘Lelaki Terakhir’ ini menggambarkan sisi Fattah yang berjanji untuk menjaga dan melindungi cinta sejatinya.
Selain itu, single ini juga bermain dengan lirik yang puitis dan melodi menyentuh jiwa.
Apa yang lebih menarik, ‘Lelaki Terakhir’ mendapat sentuhan lirik oleh Fattah sendiri selain Mel Ramlan sebagi komposer dan produser muzik yang pernah mencipta lagu ‘Wanita Terakhir’.
Lagu ini sangat bermakna bagi saya kerana ia menggambarkan perjalanan cinta yang penuh cabaran, tetapi jika disertai dengan kesetiaan dan doa, cinta itu akan terus kekal hingga ke akhir hayat.
Saya harap lagu ini dapat memberikan inspirasi kepada semua pendengar.
Lelaki Terakhir menampilkan gabungan muzik moden dengan sentuhan balada klasik, menjadikannya sesuai untuk dinikmati oleh semua peringkat usia.
Tambah Fattah, lagu ini bertujuan sebagai runut bunyi untuk drama bersiri lakonannya yang bakal ditayangkan pada 28 Februari di slot eksklusif TV3.
Cinta sejati
Berkongsi lebih lanjut, lirik video ‘Lelaki Terakhir’ yang telah dilancarkan di platform Youtube rasmi @FattahAminYT pada 21 Februari lalu mendapat carta trending bagi kategori muzik.
Alhamdulillah, saya bersyukur dan terharu dengan sambutan luar biasa daripada peminat terhadap lagu ini. Saya tidak menyangka lagu ini akan diterima dengan begitu baik dan trending di YouTube dalam masa yang singkat.
Ini adalah satu pencapaian yang sangat bermakna bagi saya, dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong lagu ini.
Saya berharap lagu ini dapat memberi inspirasi dan menyentuh hati pendengar.
Pada akhir perkongsian, Fattah akui perjalanan untuk menghasilkan single ini tidak mudah, namun, sokongan daripada peminat membuatkan dirinya untuk terus kuat.
‘Lelaki Terakhir’ boleh didengarkan di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, dan lain-lain.
Video muzik juga bakal dilancarkan di saluran Youtube dalam masa terdekat.