Pelakon tampan Fattah Amin mendedahkan dia sememangnya sudah menyimpan perasaan suka terhadap isterinya, Nur Fazura sejak awal pembabitan dalam bidang lakonan.
Artikel Berkaitan: Fazura Terharu Rakan Baik Sanggup Keluar Duit Untuk Kejutan ‘Birthday’ – ‘Ada Yang RM500, Ada Yang Beribu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nak Buat Macam Mana, Suami Kita Helok’ – Fazura Dakwa Ada Pelakon Cuba ‘Sondol’ Fattah Amin
Jodoh depan mata
Menerusi sepotong video yang dikongsikan di laman TikTok, Fattah menyifatkan jodoh yang diaturkan Allah sudah berada di depan mata, namun belum tiba waktunya untuk disatukan.
Jujur saya peminat Fazura juga dulu, iyalah kita tak pernah terbayang akan jadi pelakon kan, saya ingat lagi pertama kali saya jumpa Fazura dalam satu filem.
Saya extra je (pelakon tambahan), waktu itu saya baru sangat berlakon. Jadi waktu itu orang cakap, jodoh sebenarnya Allah dah aturkan. Jodoh dah ada depan mata, tapi belum ditemukan lagi. Belum sampai lagi.
Pada perkongsian yang sama, Fattah bersyukur disatukan dengan Fazura dan kini mereka sudah mempunyai seorang cahaya mata bernama Nur Fatima Aisya.
Tapi waktu itu ada rasa, macam ‘eh minatnya Fazura ini kan’. Kemudian lepas itu, dah ditakdirkan Allah jodoh, sampai jodoh, berkahwin dan akhirnya sekarang dah ada Fatima.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata bernama Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: TikTok