Perpisahan yang berlaku sejak sebulan lalu membuatkan pelakon kacak Fattah Amin merindukan cahaya matanya, Nur Fatima Aisya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Ada Jumpa Fatima, Cuma Keadaannya Tak Sama’ – Fattah Amin
Artikel Berkaitan: [FOTO] Fattah Amin Luang Masa Bersama Fatima & Keluarga
Perasaan rindu seorang bapa
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, 34, berkongsi video anak perempuannya itu kelihatan gembira ketika bermain belon buih.
Paling tersentuh adalah coretan ringkas tentang luahan rasa rindu Fattah terhadap Fatima.
Saya memikirkan tentang kamu sepanjang hari dan malam terasa sangat sukar kerana kamu tiada di sini.
Sebelum ini, kali terakhir pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan tersebut memuat naik foto dirinya dan Fatima adalah pada 21 Oktober lalu. Dua beranak itu meluangkan masa bersama keluarga besar Fattah di sebuah restoran.
Terdahulu, Fattah dan bekas isterinya Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.
Pada 13 September, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: IG Fattah Amin