Pelakon Fattah Amin akhirnya tampil memberi kenyataan berhubung kemelut rumah tangganya bersama isteri, Nur Fazura yang sedang dilanda badai ketika ini.
Artikel Berkaitan: ‘Orang Belanja Kau Cendol, Bukan Suruh Menyondol’ – Pengawal Peribadi Sound Stylist Fazura?
Artikel Berkaitan: Staf Fazura Beri Amaran Kepada Penyondol? – ‘Segala Video Pengakuan & Bukti Aktiviti Tidak Bermoral Kau Sudah Di Hantar’
Fattah tak curang
Memetik Harian Metro, Fattah, 34, menegaskan tiada wanita lain yang bertakhta di hatinya selain Fazura sekali gus menyangkal dakwaan dia berlaku curang.
Malah, Fattah akui terkejut apabila mendapat tahu isterinya menfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada Jumaat.
Saya ingin menegaskan tiada wanita lain dalam hidup saya seperti diperkatakan dan dihebohkan di media sosial sehingga kini.
Sejujurnya, saya hanya mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan terhadap saya melalui media sosial, terutamanya selepas ia ditularkan.
Saya berasa amat terkejut dan sedih dengan perkhabaran berita ini. Malah, tanpa sebarang rasa ragu-ragu, saya masih menyayangi Faz (panggilan Fazura).
Doakan yang baik
Dalam pada itu, Fattah meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat rumah tangganya dan berharap isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini dapat diselesaikan secara baik.
Walau apa pun yang terjadi, saya dengan rendah diri memohon doa yang baik-baik dan sokongan daripada kalian semua tidak kira yang pernah mengenali mahupun yang tidak mengenali kami secara peribadi.
Moga segala urusan kami berdua dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik serta penuh ketenangan.
Saya juga berharap agar tiada campur tangan daripada pihak lain yang boleh mengeruhkan lagi situasi ini. Terima kasih atas segala perhatian dan doa kalian.
Sebelum ini timbul dakwaan Fattah berlaku curang dengan penata gaya atau ‘stylist’ Fazura yang dikenali sebagai Syira Atiqah.
Sementara itu, semalam kecoh di media sosial apabila Fazura dilaporkan sudah memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada Jumaat.
Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai kes tersebut masih tidak didedahkan.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Harian Metro