Pelakon popular, Fattah Amin, mengakui kurang selesa apabila kehidupan peribadinya sering menjadi perhatian dan perbualan ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hidup Kau Ni Kan Amira, Memang Kerja Tengok Fattah Je Lah’ – Pak Azad
Artikel Berkaitan: Tular Video Fattah Amin Utamakan Solat Ketika Rakam Lagu, Netizen Puji Didikan Ibu Ayah – ‘Ubat Segala Kepenatan Dunia’
‘Saya tak minta pun untuk diviralkan’
Ketika ditemui OhBulan!, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, bagaimanapun akui sebagai seorang selebriti, perhatian terhadap dirinya adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Saya rasa itu adalah harga yang perlu dibayar apabila bergelar selebriti.
Maksudnya apa sahaja yang kita buat, ada sahaja perkara yang orang berikan perhatian.
Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Bidaah yang diadakan di Kuala Lumpur pada petang Rabu
Bagaimanapun, Fattah berharap agar perkara yang menjadi viral tentangnya adalah sesuatu yang mampu memberi manfaat serta mesej positif kepada masyarakat.
Dalam masa yang sama, Fattah menegaskan bahawa dia tidak pernah meminta untuk menjadi viral, terutamanya apabila melibatkan hal peribadi.
Tapi kita perlu pastikan apa yang viral tu benda baik lah dan ada manfaat, mesej atau iktibar yang peminat boleh ambil daripada viral benda yang mengarut.
Sebenarnya saya tak minta pun untuk diviralkan, bagi saya benda tu tak ada manfaat pun termasuk hal-hal peribadi saya.