berita

Fattah Amin Tak Hirau Dilabel Kayu, Hanya Mahu Berikan Terbaik Dalam Lakonan

February 22nd, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon, Fattah Amin mendedahkan dirinya sama sekali tidak kisah sekiranya lakonannya masih dilabel sebagai ‘kayu’ oleh segelintir pihak.

Artikel Berkaitan: Fattah Amin Terkejut Jadi ‘Viral’, Syukur Lakonan Dalam Filem Indonesia Diterima Ramai Orang

Akan berikan yang terbaik

Ketika ditemui OhBulan!, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin berkata, dia tidak mahu menjadikan kata-kata tersebut sebagai satu isu yang besar sebaliknya akan sentiasa memberikan yang terbaik setiap kali membawa watak untuk mana-mana naskhah yang ditawarkan kepadanya.

Pada saya sekiranya masih ada yang label lakonan saya sebagai kayu terpulanglah pada mereka sebab saya pun tak nak jadikan itu sebagai satu isu yang besar.

Bagi saya kita kena teruskan ke depan dan sebagai seorang pelakon, sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap karya.

Orang nak ‘judge’ saya ke, nak kata macam-macam kepada saya ke cakaplah, saya hiraukan saja.

Fattah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media filem ‘Trinil: Kembalikan Tubuhku’ yang diadakan di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Sementara itu, pelakon berusia 33 tahun itu akui terkejut selepas lakonannya sebagai ‘Yusuf’ di dalam filem Indonesia, Trinil:Kembalikan Tubuhku menjadi tular sehingga membuatkan penonton di negara jiran beremosi dan menangis.

Dalam masa yang sama, Fattah meluahkan rasa syukur selepas lakonannya mendapat sambutan yang baik daripada penonton di Indonesia.

Saya rasa terkejut sampaikan ada penonton yang masih kecil sekitar usia tujuh atau lapan tahun menangis yang teramat sangat melihat lakonan saya.

Sampaikan dia marah pada pelakon utama kerana berbuat demikian pada watak ‘Yusuf’ dalam filem tersebut.

Sejujurnya saya terkejut kerana berjaya membuatkan penonton di sana terkesan dengan watak tersebut tetapi saya juga rasa ‘best’ dan bersyukur kerana mendapat sambutan yang sebegitu rupa di Indonesia.

Sebabnya itu adalah kali pertama saya berlakon bersama produksi di sana dan saya mendapat penerimaan yang sangat positif.

Sekadar info, Fattah melakonkan watak Yusuf yang merupakan seorang pakar psikiatris dan dukun yang perlu membantu keluarga Sutan dan Rara yang berdepan dengan hantu penanggal.

Selain Fattah, filem Trinil: Kembalikan Tubuhku ini turut dibintangi Carmela van der Kruk, Rangga Nattra, Wulan Guritno, Shalom Razade dan ramai lagi.

Filem yang mendapat sentuhan pengarah Hanung Bramantyo ini bakal ditayangkan di pawagam berdekatan anda bermula hari ini.

SKIP THIS AD ×