Bekas isteri kepada penyanyi berpengalaman ND Lala iaitu Fauziah Sarman meraih perhatian netizen selepas memuat naik hantaran terbaharu menerusi Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Minta ND Lala Sedar Diri, Dakwa Bertahun Tak Kerja Tapi Asyik Habiskan Duit Shila Amzah
Dah ‘move on’
Menerusi hantaran yang dimuat naiknya itu, Fauziah berkongsi beberapa gambar dirinya bersama keluarga melambangkan kehidupannya kini lebih ceria selepas bercerai dengan bekas suaminya itu.
Menurut ibu kepada empat orang anak itu, selepas kemelut yang berpanjangan dia kini memahami bahawa kehidupan ini merupakan susunan takdir tentang pergi dan hadirnya seseorang.
Akhirnya kita akan memahami bahawa hidup ialah susunan takdir tentang pergi dan hadirnya seseorang.
Akhirnya kita akan menyedari perginya dia ialah penanda kepada bermulanya jalan baru hidup kita.
Akhirnya kita akan tumbuh dengan pelbagai cara, tanpa penyesalan, tanpa beban ingatan tentangnya, tanpa harapan untuk dia kembali.
Tambah Fauziah lagi, dia sudah ‘move on’ sepenuhnya dari kejadian yang berlaku dan mengakui kehidupannya lebih tenang tanpa bekas suaminya di sisi.
Akhirnya dia pergi, dan kita ternyata lebih baik tanpanya.
Terdahulu, Fauziah mendakwa bekas suaminya mengabaikan nafkah isteri serta keluarga dengan cara tidak bekerja dan menggunakan wang hasil titik peluh anak mereka yang juga merupakan penyanyi, Shila Amzah.
Posting Instagram
View this post on Instagram
Sumber: Instagram