Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mempunyai alasan tersendiri mengapa dirinya tidak dapat hadir menyaksikan konsert ‘Malam Seribu Tahun’ oleh penyanyi Imran Ajmain yang berlangsung pada Jumaat lalu.
Artikel Berkaitan: Konsert ‘Malam Seribu Tahun’ Bukti Imran Ajmain Ada Peminat Setia – ‘Saya Adalah Blueprint’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Ajmain Jawab Dakwaan Tak Undang Keluarga Fazley Ke Konsert – ‘Mungkin Tak Sampai Pada Telinga Yang Tak Mahu Mendengar’
Pembedahan lutut
Menurut Fazley, dia ketika ini perlu berehat selepas menjalani pembedahan pada bahagian lutut.
Tahniah Nan (panggilan Imran). Maaf tak dapat hadir. Baru lepas pembedahan lutut 5 hari kena rehat atas katil.
Doa kami (keluarga Fazley) sentiasa ada untuk awak dan pasukan.
Pelantun lagu Asmara Ini itu memaklumkan hal tersebut selepas meninggalkan komen pada sebuah hantaran di Instagram milik Imran.
Komen tersebut kemudian mendapat perhatian penyanyi kelahiran Singapura itu yang turut mendoakan kesembuhan Fazley.
Terima kasih abang (Fazley) di atas doanya dan sokongan. Amat menghargainya. Semoga cepat sembuh.
Pada 2 Februari lalu, konsert ‘Malam Seribu Tahun’ yang juga merupakan konsert sulung Imran telah berlangsung dengan meriah di KEN TTDI.
Konsert yang berlangsung selama dua jam itu menyaksikan Imran menyampaikan lebih 20 untaian lagu hits miliknya di hadapan 600 penonton yang hadir.
Antara lagu yang dinyanyikan adalah Seribu Tahun, Selamat Ulang Tahun Sayang, Di Kalung Kasihan, Ghaibmu dan banyak lagi.