berita

Fazley Yaakob Cari Calon Jodoh Buat Ibu, Antara Ciri-Cirinya; ‘Paling Penting Bukan Suami Orang Ye!’

September 17th, 2021 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Penyanyi dan cef terkenal, Dato Fazley Yaakob ingin mencari calon suami yang sesuai buat ibunya, Datin Umi Kalsom Abdol Latib. Menerusi posting di Instagram, Fazley turut menyenaraikan beberapa ciri khas yang perlu ada bagi individu yang mahu menjadi bapa tirinya.

Artikel berkaitan: Badan Naik Sebab Jadi Tukang Habiskan Makanan Isteri, Fazley Kongsi Nekad Kurus – ‘Dia Dah Bersalin, Saya Masih Pregnant’

Saya nak cari jodoh untuk ibu

Bismillahirohmanirohim. Saya nak cari jodoh untuk ibu saya! Saya sendiri tak tahu kenapa saya tergerak hari ini membuat posting ini. Yang terakhir saya buat posting sebegini ialah ketika saya cari jodoh untuk adik perempuan bongsu saya. Alhamdulilah, dah dirisik pun oleh bakal suaminya.

Menurut Fazley, sebelum ini dia pernah menggunakan cara yang sama untuk mencari jodoh buat adik perempuan bongsunya. Ujar Fazley, cara sebegini sememangnya berkesan bahkan, adik perempuannya itu sudah dirisik. Tambah Fazley, dia turut menetapkan beberapa ciri-ciri bagi mereka yang sudi menjadi teman hidup ibunya.

Sememangnya soal jodoh dan pertemuan, semuanya rahsia Alllah. Kita sebagai manusia akan kekal berusaha dan berdoa. Maka, ini adalah usaha saya untuk ibu saya yang tercinta. Saya nak mencari insan yang sudi menjadi teman hidup ibu saya. Jika ada yang memenuhi ciri-ciri ini, mohon DM saya untuk saringan terlebih dahulu ya.

Bukan suami orang

Antara ciri-ciri yang ditetapkan oleh Fazley ialah individu tersebut bukanlah berstatus suami orang. Selain itu, individu berkenaan perlu berumur di antara 60 hingga 70 tahun. Seperti anak-anak yang lain, Fazley mahukan seorang ayah tiri yang jujur dalam mencari kebahagiaan dunia dan akhirat bersama ibunya. Selain itu, bakal jodoh ibunya itu perlu mempunyai sifat penyayang, penyabar dan paling penting  suka makan. Ini kerana, ibunya seorang yang rajing masak dan baking.

Di akhir posting, Fazley menegaskan ciri nombor satu merupakan ciri yang paling penting bagi mereka sekeluarga. Fazley turut berdoa agar misi mencari kebahagian buat ibu tercinta kali ini berjaya.

Sumber: Fazley Yaakob

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×