Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, tampil memberikan pandangan berhubung trend segelintir individu yang dilihat gemar mendedahkan keburukan atau membuka aib pasangan masing-masing di platform media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Bercinta Memang Indah, Tapi Realitinya Kelat Macam Makan Jering’ – Fazley Yaakob

Artikel Berkaitan: ‘Tak Ada Salahnya Kahwin Dengan Janda, Hati Tetap Memilih Siapa Yang Mahu’ – Fazley Yaakob

Jangan buka aib pasangan

Menerusi hantaran di Threads, Fazley menekankan bahawa tindakan tersebut bukan sahaja tidak mendatangkan faedah, malah boleh memberi kesan buruk kepada diri sendiri dalam jangka masa panjang.

Lebih baik kita tak membuka aib pasangan kerana khuatir akhirnya yang membuka aib itu terbuka lebih besar ruang untuk di pandang enteng oleh masyarakat. 

Dalam pada itu, Fazley turut mengingatkan orang ramai bahawa apa sahaja yang dimuat naik ke internet akan kekal selamanya dan sukar untuk dipadamkan daripada memori digital.

Manusia memanglah boleh memaafkan, tetapi whats on the internet stays on the internet! 

Netizen sekarang dah bijak, mereka lebih mudah memaafkan orang yang dilihat mahu berubah ke arah yang lebih baik, berbanding dengan orang yang sengaja merosakkan usaha orang yang sedang membina hidup baru. 

Hantaran itu menerima reaksi positif daripada warganet, yang kebanyakannya bersetuju bahawa muhasabah diri dan menjaga aib masing-masing adalah tindakan yang sewajarnya dilakukan selepas berlakunya perpisahan.

Sumber: Threads Fazley Yaakob