Meskipun menerima pelbagai kritikan, namun masih ada peminat yang prihatin terhadap pelakon dan penyanyi, Fazura.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Penuhi Jemputan Program Di Indonesia, Kongsi Tentang ‘Bertahan Demi Cinta’ & Perceraian – ‘No Regret..’
Artikel Berkaitan: ‘Hampir Setiap Malam Fazura Sedih, Menangis & Tak Dapat Tidur’ – Pengurus
Peminat sedih
Menerusi perkongsian di TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Fatin memuat naik mesej perbualan antara dirinya dan Fazura di ruangan direct message (DM) Instagram.
Sebagai peminat, Fatin meluahkan rasa sedih apabila melihat Fazura menyanyi seorang diri.
Saya sedih tengok awak menyanyi seorang tadi. Tapi dalam hati berkata, kuatnya awak boleh hadap seorang diri menyanyikan lagu itu tanpa setitis air mata pun.
Saya yang dengar pun sedih sampai keluar air mata.
Serius, memang awak kuat. Semoga diberikan kebahagiaan.
Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin kemudian membalas mesej tersebut dengan mengakui bahawa sudah tiada lagi sinar cinta dan dia kini berada dalam keadaan tenang.
Jangan sedih! Alhamdulillah hati pun sudah tidak ada sepenuhnya pada yang lepas.
Saya gembira dan tenang sangat.
Terima kasih Fatin, jaga diri dan gembira selalu.
Wanita tersebut bersyukur dengan respons yang diberikan aktres berusia 41 tahun itu dan menyatakan akan tetap memberikan sokongan sepenuhnya.
Fazura di mata peminat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan pelakon filem Gol dan Gincu itu sebagai seorang wanita yang tabah dan sentiasa merendah diri apabila melayan peminat.
Inilah Fazura, satu-satunya artis dengan ‘followers’ berjuta tapi tetap membalas mesej peminat yang tidak dikenali pun. Mesej saya pun dia pernah balas.
Kesian dia kena pergi promosi dan menyanyi lagu itu seorang diri di sana, tapi royalti mestilah kena bahagi dua bukan?
Walaupun orang kecam suara dia, aku suka semangat dia. Dia tak ada pun melenting bila artis-artis lain perli, dia diam sahaja. Cuba orang lain mesti sudah kena saman.
Terdahulu, Fazura berkesempatan menyanyikan sebuah lagu duet bersama bekas suaminya, Fattah Amin yang berjudul Bertahan Demi Cinta dalam sebuah program di Indonesia.
Sebelum itu, Fazura dan Fattah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.
Sumber: TikTok