Pelakon dan usahwan terkenal, Nur Fazura Sharifuddin telah memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada Jumaat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Tamatkan Spekulasi Isu Rumah Tangga Bergolak – ‘Saya & Fattah Okey’
Artikel Berkaitan: Posting ‘Goodbye August’ Fazura Penuh Dengan Tanda Tanya, Kongsi Babak ‘Crazy Rich Asians’ & Lagu Adele
Fazura fail cerai
Memetik laporan Berita Harian, bagaimanapun sumber yang mengesahkan perkara itu tidak mendedahkan butiran terperinci mengenainya.
Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya, urusan memfailkan perceraian itu dibuat peguam yang mewakilinya.
Terdahulu, isu keretakan rumah tangga pasangan itu hangat diperkatakan di media sosial apabila mereka didakwa sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.
Malah, mereka juga tidak lagi memuat naik foto bersama-sama. Walau bagaimanapun, Fazura sebelum ini menafikan dakwaan hubungannya dengan suami bermasalah.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Berita Harian