Desas desus mengenai kemelut rumah tangga pasangan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin akhirnya terjawab apabila Fazura difahamkan telah memfailkan penceraian terhadap suaminya itu pada Jumaat.
Artikel Berkaitan: Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin Selepas 7 Tahun Kahwin
Sehari sebelum hari jadi Fattah?
View this post on Instagram
Namun, apa yang mencuri perhatian apabila Fazura telah memfailkan perceraian sehari sebelum ulang tahun kelahiran Fattah yang bertarikh 14 September.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Fazura setahun yang lalu, dapat dilihat majlis sambutan ulang tahun kelahiran Fattah yang disambut meriah itu turut dihadiri rakan rapat dan selebriti seperti Boss Ned, Mimi Lana dan Alicia Amin.
Sementara itu, usaha OhBulan! untuk mendapatkan respon daripada Fattah mengenai isu ini tidak berhasil apabila pelakon filem ‘Pendekar Awang: Darah Indera Gajah’ tidak menjawab panggilan telefon.
Terdahulu, isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah hangat diperkatakan di media sosial apabila mereka didakwa sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.
Malah, mereka juga tidak lagi memuat naik foto bersama di platform media sosial. Walau bagaimanapun, Fazura sebelum ini menafikan dakwaan hubungannya dengan suami bermasalah.
Sehinggalah pada pagi Jumaat, 13 September 2024, Fazura difahamkan telah memfailkan penceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Instagram