berita

Fazura & Fattah Selamat Bernikah Malam Ini

November 27th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Semua sedia maklum, Fazura dan Fattah telah selamat bertunang pada 13 November lepas. Kisah percintaan mereka mendapat perhatian ramai apabila hubungan mereka menjadi tanda tanya. Mereka telah bertunang secara rahsia sebelum berangkat ke Mekah. Walau bagaimapun kedua pihak sudah tampil memberi penjelasan di sidang media.

Artikel Berkaitan : ‘Kami Belum Bernikah, Hanya Bertunang’ – Fattah Amin & Fazura Sah Bertunang, Bakal Bernikah Dalam Masa Terdekat

Namun, malam ini sekali lagi pasangan ini membuat kejutan kepada peminat. Khabarnya Fattah dan Fazura telah selamat bernikah pada hari ini.

Selamat bernikah

Menerusi laporan Berita Harian, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara malam ini.

Nur Fazura atau Fazura, 34, sah bergelar isteri kepada Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.50 malam.

Hanya dihadiri keluarga dan kenalan terdekat

Majlis itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat kedua-duanya. Fazura kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden sentuhan pereka kegemarannya, Rizman Ruzaini, serta solekan oleh Sheila Mohamed, manakala Fattah pula segak berbaju Melayu.

Sebelum ini, dalam sidang media itu juga, mereka turut memaklumkan majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup itu akan berlangsung dalam masa terdekat, manakala resepsi pula akan diadakan pada awal tahun depan.

Ramai terkejut

 

Kronologi kisah cinta Fattah, 27, dan Fazura bermula apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella sehingga membuatkan peminat mencipta gabungan nama berserta tanda pagar #Fattzura.

Ketika mengerjakan umrah pada 15 hingga 23 November lalu, pelbagai spekulasi mengenai ikatan sebenar pasangan ini timbul, sekali gus ada yang mengatakan pasangan itu sudah bernikah ketika berada di Tanah Suci.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×