Pelakon Nur Fazura tidak memaafkan tindakan seorang individu yang melemparkan fitnah terhadapnya apabila dikatakan masih menyimpan dendam terhadap bekas suami, aktor Fattah Amin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Sudah Balas Notis Tuntutan Daripada Fazura Berhubung Isu Kereta, Serah Pada Peguam Untuk Tindakan Lanjut
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Doakan Auntie Dapat Baby Boy Ye’ – Fazura
Masih berdendam?
Menerusi hantaran di Instagram Story, Fazura, 41 berkongsi tangkap layar kenyataan dibuat individu berkenaan yang mendakwa aktres itu masih tidak ‘move one’ dan suka mencari masalah dengan Fattah.
Fazura, awak memang ada masalah dendam dengan Fattah ke? Orang itu dah pulang kereta tapi sibuk nak saman dia. Orang itu dah pulang kereta pun kan.
Orang lain pun bercerai tapi perangai elok je dari awak. Awak ini aib bekas laki pun dibuka, burukkan dia bagai.
Satu hari Allah akan balas perbuatan awak aniaya orang. Lepas itu ajak netizen buat dosa nak nampak macam Fattah yang salah.
Semoga Allah balas lah dekat dunia, tarik nikmat yang awak ada. Allah tidak tidur ya Fazura.
Tambah individu berkenaan, dia juga sudah meluat dengan perangai Fazura yang didakwa masih mengganggu hidup bekas suami.
Lain kali jangan rampas Fattah dari bekas kekasih dia yang dulu. Kesian Fattah, mesti menyesal kahwin dengan awak, Fazura.
Dulu minat juga dengan awak dan tetapi bila tengok perangai awak macam ini, jadi meluat pula.
Fattah diam tak kacau hidup awak, dia dah move on tapi awak yang tak berhenti cari salah Fattah. Semoga Allah jauhkan awak dari lelaki yang baik-baik.
Tiada maaf
Enggan berdiam diri, Fazura berkata, dia tidak akan memaafkan setiap cercaan yang dilemparkan individu terbabit.
Kenapa padam komen awak dik? Penat tulis panjang-panjang. Ada yang tak betul ke?
Hidup masih panjang kan, simpan kenangan setiap kata-kata awak pada saya untuk bekelan masa depan awak pula ya.
Ingat! Saya tak maafkan sepatah pun fitnah dan cercaan awak ini kepada saya di dunia dan akhirat.
Sumber: Instagram