Pelakon Hisyam Hamid tampil mengulas mengenai pujian yang diterima daripada aktres, Nur Fazura yang menggelarkannya sebagai seorang ‘family man’.

Artikel Berkaitan: Hisyam Hamid Nafi Bercinta Dengan Penerbit, Tak Terdesak Cari Pengganti – ‘Anak-Anak Tak Nak Mama Baru’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hisyam Hamid Selesa Hidup Solo, Anggap Gelaran Duda ‘Hot’ Sebagai Pujian – ‘Apa Yang Penting, Saya Tahu Jaga Diri’

Hisyam Hamid ‘family man’

Ketika ditemui OhBulan!, Hisyam atau nama lengkapnya Hazmi Hisyam Abdul Hamid, 40, menganggap bahawa pujian tersebut mungkin kerana Fazura pernah melihat caranya mendidik dan melayani anak-anak.

Saya tengok video siaran langsung itu, dia (Fazura) cerita pun secara umum dan kebetulan kami pernah berlakon sama. 

Mungkin sebab dia tengok cara saya layan anak-anak menyebabkan dia puji daripada sudut itu. Saya tidak rasa dia ada niat lain, kadang-kadang peminat jadi teruja dengan perkongsian tersebut. 

Bagi saya tiada isu pun kalau nak puji sesiapa, lebih-lebih lagi kebaikan yang dibuat sebagai seorang ayah atau ibu.

Pelakon filem La Luna ini mengakui ramai peminat cuba ‘menjodohkan’ dengan beberapa artis wanita yang lain hanya kerana statusnya sebagai seorang duda.

Saya rasa isu ‘dikenenkan’ (digosipkan) dengan artis wanita adalah kerana status kami sebagai ibu dan bapa tunggal. 

Saya rasa sebab status membuatkan jadi begini, sebelum ini tidak ada pun. Saya pun tak boleh nak buat apa. Tapi kalau boleh saya mahu elak daripada kontroversi.

Hisyam berkata demikian ketika ditemui di Majlis Tayangan Perdana Filem Memori, di GSC Mid Valley Mall pada Selasa.

‘Tapi saya anggap itu satu gurauan’

Apabila ditanya mengenai reaksi anak-anak terhadap gosip yang mengaitkannya dengan artis wanita, Hisyam memaklumkan bahawa mereka menyedari setiap khabar angin yang tersebar melalui portal berita di media sosial.

Ada sekali tu bila dah dikenenkan dengan seorang artis, saya tidak mahulah sebut siapa. Anak saya DM hantar link artikel dah cakap ‘ayah.. run! (lari). 

Tapi saya anggap itu satu gurauan. Anak-anak sudah mula untuk belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan kami sekarang ini. 

Anak lelaki saya pun ada kata saya tak perlu kahwin kerana sudah ada segalanya tetapi mak saya menegur cakap tak baik kata macam itu sebab saya masih muda. 

Dalam pada itu, Hisyam mengakui bahawa keluarga merupakan keutamaannya. Oleh itu, dia enggan terpalit dengan kontroversi kerana mahu memberi contoh terbaik buat anak-anaknya.

Daripada dulu siapa yang kenal saya tahu keluarga adalah keutamaan. Kalau lihat saya tiada kontroversi sebelum ini bukan kerana saya baik tetapi mahu jadi contoh terbaik buat anak-anak. 

Lagipun mereka dah besar dan sudah ada kawan-kawan yang kenal siapa saya. Kesihatan mental mereka adalah keutamaan saya.

Sebelum ini, Fazura dalam sesi siaran langsung di TikTok berkongsi pandangan terhadap beberapa pelakon lelaki di Malaysia.

Fazura menyifatkan Hisyam seorang yang baik dan mempunyai ciri lelaki pentingkan keluarga. 

Untuk rekod, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Rosmawati Hanafi pada 2006, namun ikatan perkahwinan itu terlerai selepas mereka bercerai pada Mei 2024. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 18, dan Haydeen, 16 tahun.