berita

Fazura Risau Cedera Buat Babak Tunggang Kuda Dalam Pendekar Awang: Darah Indera Gajah – ‘Tak Nak Saluran Peranakan Terjejas’

January 3rd, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Fazura

Pelakon Nur Fazura akui gementar ketika melakonkan babak aksi menunggang kuda dalam filem terbaharunya berjudul Pendekar Awang: Darah Indera Gajah kerana bimbang berlaku kecederaan.

Artikel Berkaitan: Bakal Muncul Dalam Drama Bersiri, TV3 x Fazura Tampil 10 Corak Tudung Edisi Terhad

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Suami Kena Ambil Tahu Dengan Siapa Isteri Berkawan’ – Fattah Amin Tak Kongkong Fazura

Risau peranakan

Fazura

Ketika ditemui OhBulan!, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin berkata perkara yang paling membuatnya risau adalah sekiranya kecederaan itu akan menjejaskan saluran peranakannya.

Bagaimanapun, dia bersyukur tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Memang setiap hari saya berdoa semoga tak jatuh bila menunggang kuda tu sebab tak nak saluran peranakan terjejas dan tak dapat nak menimang cahaya mata lagi.

Alhandulillah selain pernah belajar menunggang kuda masa kecil, saya juga ada keserasian dengan kuda yang ditunggang itu.

Fazura berkata demikikan ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah yang berlangsung di GSC, IOI Mall, Putrajaya pada Selasa.

Menerusi filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd itu. Fazura memegang watak sebagai serikandi bernama Sayang.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Fattah Amin itu turut menafikan dirinya sedang berbadan dua susulan tindakkannya meluahkan kerisauannya itu.

Buat masa ini memang tiada mengenai kehamilan yang ingin dikongsi. Saya dan Fattah mengambil langkah merancang keluarga kerana kesibukkan kami.

Lagipun kami perlu patuh dengan kontrak yang sudah ditandatangani.

Kalau boleh tak naklah hamil dalam keadaan masih bekerja. Masa mengandung Fatimah dulu saya pernah terlantar atas katil selama tiga bulan sebab alahan.

Saya tak mahulah disebabkan hamil, komitmen terhadap kerja terjejas.

Turut hadir pada majlis tayangan perdana ialah Pengarah Urusan Studio Kembara Sdn Bhd, Abdul Rahman Mt Dali, pengarah filem, Saiful Reza A. MShukor dan Shaharudin Mt Dali serta barisan pelakon iaitu Fattah Amin, Nadhir Nassar, Amir Ahnaf, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.

Filem prekuel kepada Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang menelan kos pembikinan sebanyak RM15 juta itu bakal menemui penonton di pawagam pada 11 Januari ini.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup , pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

SKIP THIS AD ×