berita

Fazura Syukur! Mahkamah Rayuan Kekal Keputusan Tolak Saman, Plaintif Kena Bayar RM10,000

September 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon dan penyanyi Nur Fazura meluahkan rasa syukur selepas keputusan kes saman berpihak pada dirinya dan Universal Music Sdn Bhd selepas Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman pemilik Maydan Trading.

Tiada pelanggaran kontrak

Peguam yang mewakili pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 38, iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan mengesahkan keputusan mahkamah tersebut dan berkata mahkamah memutuskan bahawa tiada pelanggaran kontrak oleh anak guamnya dan Universal Music.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Azizah Nawawi dan Datuk See Mee Chun menolak rayuan Narhamdan Abd Malek dan mengarahkan beliau membayar kos RM10,000 kepada Nur Fazura.

Dakwa kena tanggung kerugian

Dalam saman tersebut, Narhamdan mendakwa selebriti itu melanggar kontrak pada penghujung September 2017 apabila melancar dan memasarkan produk kesihatan dan kecantikan berasingan iaitu ‘TRUDOLLY ‘TruBeauty’ ketika kontraknya masih berkuat kuasa dan telah menyebabkan kerugian dari segi jualan.

Oleh itu, Narhamdan menuntut pembayaran balik RM156,000 daripada Nur Fazura dan Universal Music, ganti rugi RM141,755.61 kerana pelanggaran kontrak, faedah dan kos.

Bagaimanapun, Nur Fazura dalam penyataan pembelaan difailkan pada 29 Jan 2018 mendakwa beliau tidak pernah memasuki apa-apa perjanjian dengan perayu.

 

Sumber: Bernama, Instagram @missfazura

SKIP THIS AD ×