Pelakon Nur Fazura menerima sejambak bunga pemberian suami, aktor Fattah Amin bersempena ulang tahun kelahiran ke-41 aktres itu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jumaat Ini Birthday Fazura, Fattah Tahu Apa Yang Sepatutnya Kena Buat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peguam Nafi Fazura Fail Cerai Sebab Fattah Curang – ‘Mereka Tiada Persefahaman’
‘Selamat hari lahir mommy’
Menerusi hantaran di Instagram, Fazura memuat naik gambar memperlihatkan jambangan bunga yang diterima beserta sekeping kad ucapan.
Menerusi kad itu, Fattah menitipkan doa buat Fazura agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan berada dalam perlindungan Yang Maha Esa.
Selamat hari lahir mommy (Fazura), daddy (Fattah) doakan di hari lahir kelahiran mommy sentiasa gembira, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan Allah, kebahagiaan dunia dan akhirat selamanya.
Sementara itu, Fazura secara ringkas menulis ‘terima kasih daddy’ sebagai tanda penghargaan buat suami.
Terdahulu, Fattah enggan melafazkan talak kepada Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Rabu.
Kata Fattah, dia masih menyayangi isterinya biarpun aktres itu nekad dengan pendiriannya minta dilepaskan.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Instagram