Semalam, pelakon remaja, Puteri Balqis meluahkan rasa kecewa berikutan terdapat segelintir warganet yang melemparkan komen berbaur fitnah terhadap ibunya, Norashikin Mohd Aziz.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Balqis Bengang Ibu Difitnah Ambil Bahan Terlarang – ‘Mak Aku Berapa Kali Buat Ujian Air Kencing Sebab Komen Macam Ni’
Artikel Berkaitan: Selepas Nukilan Puisi, Puteri Balqis Titip Doa Pula Buat Fazura – ‘Moga Dirimu Dijauhkan Dari Pengkhianatan’
Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Belajar Loghat British Dari Youtube – ‘Masa Kecil Ibu Beli Banyak Buku Bahasa Inggeris’
Berikutan daripada luahan tersebut, aktres Nur Fazura dilihat menitipkan kata semangat buat Puteri Balqis.
Hanya tahu sedap mulut
Di Instagram Story, Fazura meluahkan rasa kecewa kerana segelintir individu masih tidak boleh berfikir mengenai perasaan orang lain sebelum bercakap mahupun meninggalkan komen.
Ruginya manusia yang tidak pandang kiri kanan atau hari esok bila berkata. Hanya tahu sedap mulut dan tangan nak menulis tanpa fikir perasaan orang lain dan akibatnya.
Bagaimana kalau ini terjadi pada diri sendiri pula? Pernah terfikir tak? Jadi guna la otak, hati dan ilmu. Jangan sedap menghukum saja tanpa kebenaran sebenar. Stay strong adikku! Percaya pada Allah sentiasa melihat dan mendengar. Setiap perbuatan pasti ada balasan.
Tambah Fazura, dia berharap orang yang bersalah itu sempat meminta maaf atas perbuatan fitnah yang dilakukan.
Jika tidak, jawablah dengan Allah. Semoga kita ambil pengajaran dan menjauhi sifat-sifat syaitan.
Jauhi sifat syaitan
Sumber: Fazura