Penyampai radio Feeya Iskandar memberikan respon terhadap seorang individu yang mempertikaikan usahanya mencari rezeki.

Artikel Berkaitan: Feeya Iskandar ‘Naik Angin’ Individu Tak Bayar Katering Suami – ‘Kau Ingat Katering Laki Aku Tu Modal Guna Air Liur?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Feeya Iskandar Tak Tahan Sebak, Netizen Tanya ‘Gaji DJ Tak Cukup Ke?’

Rezeki Cik Piah

Menerusi hantaran di laman Threads, Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, berkongsi mesej yang diterima daripada individu berkenaan.

Individu tersebut dilihat memperlekehkan Feeya dengan menyifatkannya sebagai murahan hanya kerana dia rajin berkerja.

Tidak berdiam diri, Feeya menegaskan bahawa kerja keras yang dilakukannya adalah semata-mata demi kesenangan keluarga tercinta.

Tak semua pengorbanan perlu difahami orang. Teruslah berkata-kata. Saya tahu apa yang terbaik untuk keluarga saya.

Penat saya hari ni adalah untuk mereka. Saya memang kejar duit bukan kejar popular.

Dalam masa sama, Feeya atau mesra disapa Cik Piah turut menzahirkan rasa syukur dengan rezeki yang dilimpahkan sepanjang bekerja di stesen radio berkenaan.

Alhamdulillah, boleh senyumlah tengok KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) saya dekat lapan tahun di Suria FM.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menyelar kenyataan tersebut dan menasihati Cik Piah agar tidak mengambil pusing dengan tomahan individu berkenaan.

Selain itu, warganet juga dilihat memberikan kata-kata semangat buat Cik Piah untuk tetap positif dalam melaksanakan tugas sebagai penyampai radio.

Sumber: Threads