Pasangan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menjadi selebriti pertama dipilih jenama Fellera Skin bagi menjayakan kempen kecantikan dan kesihatan produk itu.
Artikel Berkaitan: ABPBH35 Kini Kembali Dengan Tema ‘Ekspresi Legasi Seni’
Artikel Berkaitan: Neelofa Selamat Bersalin Anak Kedua, Baby Boy!
Sokong bisnes tempatan
Menurut PU Riz, 28, dia dan Neelofa teruja untuk bekerjasama kerana ia adalah produk tempatan yang diusahakan oleh syarikat bumiputera selain berjaya memiliki kilang di Kelantan.
Syarikat itu mula menjalankan perniagaan kecantikan dan kesihatan sejak 11 tahun lalu.
Kalau sebelumnya saya dan isteri memang mewakili perniagaan sendiri, tapi kali ini kami dilamar pihak Fellera Skin bagi menjayakan kempen mereka. Tapi, bukan sebagai duta.
Sebenarnya kami seronok dan tumpang bangga melihat anak tempatan apatah lagi orang Melayu berjaya dalam perniagaan. Walaupun pada masa sekarang ada banyak persaingan, tapi semangat dibawa mereka ini turut memberi aura positif buat saya dan isteri.
Saya percaya, kejayaan yang dimiliki mereka hari ini bukan saja datangnya daripada pelanggan setia mereka, tapi juga kerja keras dan usaha yang dibuat. Disebabkan itu, diharapkan kerjasama kami ini sedikit sebanyak membantu.
Selain itu, PU Riz turut menekankan golongan lelaki perlu menjaga kesihatan dalaman sama seperti mana yang dititikberatkan pada wanita.
Setiap produk yang dikeluarkan pastinya memenuhi manfaat ramai. Malah menjadi kepentingan dan keperluan wanita, lelaki dan mereka yang mempunyai masalah dalaman dan nak cantik secara sihat tanpa bahan terlarang.
Paling penting juga, Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd adalah syarikat yang menjalankan sistem patuh Syariah dan menjalankan sistem bisnes secara agen dan stokis dan memberi ilmu spiritual teknik serta mengajar cara berniaga dengan Allah serta cara Rasulullah.
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH35) yang julung kali dipentaskan di panggung seni utama negara, Istana Budaya (IB), diajaibkan penaja utama, Fellera Skin.
Sempena ABPBH35, Fellera Skin tampil dengan edisi istimewa iaitu pembungkusan baharu Fellera Skin x ABPBH yang mempunyai sama ada 2 Bellrossa atau 2 Brightskinz atau 1 Bellrossa 1 Brightskinz. Khas untuk ABPBH 35 sahaja!
Lebih menarik, empat pembeli bertuah akan memenangi hadiah utama yang merupakan….rahsia! Kalau nak tahu hadiah apa, korang kena tunggu malam ABPBH nanti!
View this post on Instagram