Pelakon Fendy Bakry meluahkan rasa sebak di laman Instagram (IG)nya apabila kucing kesayangan miliknya mati dipercayai akibat paru-paru berdarah.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Bukan Alami Sakit Misteri’- Rakan Rapat Dedah Penyakit Dialami Pelakon Mr. Grey
Artikel Berkaitan: ‘Dia Sering Mengadu Penat’ – Eyra Risau Fendy Kena Penyakit Misteri
Paru-paru berdarah
Menerusi hantarannya di Instagram, Fendy dan isteri sedang mengusap dan cium kucingnya buat kali terakhir sebelum ditanam.
Pelakon utama drama Mr.Grey akui memahami perasaan ‘cat lover‘ yang kehilangan kucing peliharaan mereka.
Dulu, cerita 10 tahun lepas, bila orang post pasal kucing aku rasa macam kucing je pun, tak perlu layan sangat benda-benda ni semua. Tapi sekarang membela bukan takat seekor tapi dah 13 ekor.
Fendy menyatakan kucing kesayangannya itu bernama Missy yang dijaga dari kecil dan memiliki perangai yang baik serta sentiasa menjadi pendengar kepada mereka berdua.
Dalam pada itu, aktor berumur 34 tahun itu sempat berterima kasih kepada Missy kerana banyak berkongsi kebahagiaan dan kasih sayang sepanjang hayatnya.
Terima kasih nak, hadir dalam hidup daddy dan mummy, kongsi kebahagian dan kasih sayang bersama.
Tenang la nak di sana. Missy dah tak sakit-sakit lagi dah.
Sumber: Instagram @FendyBakry