Sejak beberapa hari ini, viral video di media sosial yang memaparkan ombak besar telah berlaku di kawasan Manado, Indonesia. Lebih mencemaskan apabila melihat ombak tersebut telah naik ke darat hingga memasuki kawasan kedai dan pusat membeli-belah.
Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Detik News, fenomena ombak besar ini berlaku disebabkan cuaca yang tidak menentu di kawasan Kota Manado sejak beberapa hari lalu. Ekoran daripada itu, kawasan perairan teluk Manado dan di sekitar Mall Manado Town Squre (Mantos) telah dinaiki air.
Menurut sumber, ketinggian ombak yang berlaku itu dianggarkan mencecah 4 meter sehingga menyebabkan benteng pemecah ombak mengalami kerosakan. Sementara itu, Ketua Bahagian Data dan Informasi BMKG iaitu Edward Mengko memaklumkan ada kemungkinan kawasan-kawasan berdekatan dengan Kota Manado juga akan berhadapan dengan situasi ini.
Berkemungkinan terjadi di Laut Sulawesi bahagian Timur, Perairan Kepulauan Sangihe, Perairan Kepulauan Talaud, Sebelah Barat Perairan Kepulauan Sitaro dan Laut Maluku bahagian Utara.
Gaes minta doa buat warga manado, air laut udah sampe area pertokoan dan mall ???? pic.twitter.com/B1RPgvjwvG
— ???? -rest- (@94AVV) January 17, 2021
— ???? -rest- (@94AVV) January 17, 2021
Mau nambah juga? pic.twitter.com/kAdyagfOtG
— ?????????? (@peach_chan99) January 17, 2021
Kejadian ini secara tidak langsung mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat selain mengakibatkan berlakunya kerosakan barang-barangan, kenderaan dan sebagainya.
Kebanyakan netizen juga telah menjadikan #PrayForMadano di laman Twitter dan berharap agar keadaan akan segera kembali pulih.
Sumber: Detik News, Twitter