Penampilan pelakon dan pengacara Yasmin Hani telah mengundang warganet untuk ‘berborak’ di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Tinggal Sebumbung Dengan Alif Hadi, Yasmin Hani Anggap Kolot Pemikiran – ‘Mak Saya Nak Campak Mana?’
Artikel Berkaitan: Tampil Bersinglet Jarang, Yasmin Hani Sekali Lagi Ditegur Netizen – ‘Untung Cameraman Cuci Mata’
Gambar pose
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Yasmin memuat naik beberapa keping foto mengenakan baju jenis ‘inner tight’ berwarna ungu di bahagian dalam manakala ‘cardigan’ putih di luar serta dipadankan dengan seluar pendek berona putih yang tidak dikancing.
Yasmin, 44, menyatakan gambar pelbagai ‘pose’ itu dirakam oleh cinta hatinya, aktor Alif Hadi.
Rahsia ‘body goal’
Semestinya entri tersebut menarik perhatian pengikut untuk meninggalkan komen. Rata-ratanya memuji Yasmin kerana pandai menjaga badan serta kekal awet muda.
Selain itu, ada juga segelintir yang menasihati pemilik nama Yasmin Hani Ismail Richardson untuk tidak terlalu mendedahkan aurat di samping mendoakan agar berubah menjadi insan lebih baik.
Sumber: Instagram